30 Mac 2014

Ucapan : Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk ucapan saya pada pagi ini ialah  "Cara-cara Menjaga Kebersihan Diri".

Hadirin sekalian,

Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan hidup kita. Kita mesti memastikan telinga sentiasa bersih kerana telinga juga boleh mengalami pelbagai penyakit jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya. Kita perlu membersihkan telinga sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan putik kapas yang lembut.

     Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan kita bersih serta mengelakkan daripada terkena penyakit kulit dan berbau. Badan yang bersih akan menjadi kita sihat dan selesa.

     Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Kebersihan gigi amat penting untuk mengelakkan daripada kerosakan gigi serta menjadikan kita lebih berkeyakinan semasa bergaul dengan orang ramai.

     Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang panjang boleh menyimpan kekotoran. Kotoran yang melekat pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman yang boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita makan. Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit seperti cirit-birit dan sebagainya. 

Hadirin sekalian, 

Kita perlu menjaga kebersihan rambut dengan menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita. Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur, kutu dan penyakit kulit kepala. 

     Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah mengambil berat tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan kebahagiaan hidup kita.

Sekian, terima kasih.

29 Mac 2014

Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri

     Dalam hidup ini kita mestilah menjaga kesihatan. Kesihatan diri perlu dijaga supaya kita dapat hidup selesa dan gembira.Oleh itu, menjadi kewajipan setiap orang memastikan amalan menjaga  kesihatan diri diperaktikkan dengan sebaik mungkin.
        
     Salah satu kepentingan menjaga kesihatan diri kita dapat melaku berbagai aktiviti yang kita suka. Sebagai contoh, kita dapat bemain bola sepak dan berolah raga dengan selesa. Kesannya kita akan lebih gembira kerana dapat melakukan aktiviti yang kita minat.Mana mungkin orang yang tidak sihat dapat bermain bola dan beraktiviti.
            
     Selain itu,apabila kita menjaga kesihatan kita dengan baik,kita dapat belajar dengan selesa dan mudah menumpukan perhatian sewaktu guru sedang mengajar atau memberikan penerangan. Keselesaan ini terhasil disebabkan kita tidak mempunyai sebarang penyakit yang mengganggu konsentrasi kita seperti selsema,demam,sakit perut dan lain-lain lagi.
            
     Di samping itu,orang yang menjaga kesihatan juga tidak menghadapi sebarang halangan yang menyebabkan kita tidak boleh hadir ke sekolah.Jika kita sakit sudah tentu kita merasa bimbang penyakit tersebut akan berjangkit kepada rakan-rakan.Kita mungkin akan dikurantinkan di rumah dan menyebabkan kita kerugian dalam pelajaran.

     Akhirnya, saya menyeru kepada rakan-rakan agar mementingkan penjagaan kesihatan diri. Langkah ini tidak boleh dipandang enteng dan seharusnya dititik beratkan agar kita terhindar daripada dijangkiti sebarang penyakit.

10 Februari 2014

Puisi Patriotik

Pahlawan Kemerdekaan oleh Usman Awang


(Kepada Pahlawan Pahang)


PAHLAWAN


jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya



Gema seabad silam


Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang



Sungai Semantan berubah merah


bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat



Pahlawan!


Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.


~ Usman Awang - DBP